Thursday 25 August 2016

keseluruhan topik

PENGAJIAN MALAYSIA

Pembentukan Malaysia
(Idea dan faktor gagasan Malaysia)
Nama Pensyarah:Puan Nurul Asma binti Effendi

KUMPULAN 3:


NUR DIANA SYAHADAH BINTI ABDUL WAHID (16DAT16F1031) 

MAISARAH BINTI MOHAMAD RODZI (16DAT16F1032) 

NURUL ANIQAH BINTI MOHD TAUHID (16DAT16F1025) 

ANIS NABILAH BINTI MOHD AZHAR (16DAT16F1020)

 PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nurul Asma binti Effendi iaitu pensyarah bagi kursus
Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini .Pelbagai ilmu yang dapat kami pelajari sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.




< Pengenalan >

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada waktu itu, Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British. Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British. Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam dan luar negara.






IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA

Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara.







Cetusan idea Tunku Abdul Rahman adalah untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Idea ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut dan kemudiannya menimbulkan pelbagai pelbagai reaksi positif dan negatif di Asia Tenggara. Akhbar-akhbar dari wilayah-wilayah terbabit pula tidak berhenti membahaskan isu tersebut.













Banyak pihak yang mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia ini adalah secara tergesa-gesa dan mengejut kerana mereka menganggap bahawa tiada persediaan awal dilakukan.
Walau bagaimanapun, pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan tokoh-tokoh dari wilayah yang terlibat sebelum pengumuman dibuat nyata menyangkal dakwaan pihak-pihak itu. Pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew di Singapura pada bulan Januari 1961 merupakan salah satu bukti bahawa idea pembentukan malaysia pernah diuarkan oleh beliau. Tidak dilupakan juga pertemuan beliau dengan senu abdul rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1960. Pertemuan dengan Harold MacMillan pada tahun 1961 juga menjadi bukti bahawa gagasan ini sudah pernah dikemukan lebih awal lagi daripada pengumuman tersebut diadakan.
British pernah mengemukakan idea penggabungan wilayah ini beberapa kali sebelum Tanah Melayu merdeka. Misalnya Lord Brassey, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pernah mencadangkan kepada British untuk menggabungkan wilayah mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat namun ditolak dek pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan. Idea penggabungan semua wilayah jajahan British pernah oleh pesuruhjaya besar british, Sir Malcom Mac Donalds, namun ditolak sekali lagi. Mohd Ghazali Shafie juga pernah mengeluarkan idea untuk penggabungan komanwel Asia Tenggara.
Idea penggabungan lebih kecil  yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah dikemukakan beberapa kali terutamanya oleh ketua menteri Singapura.




.Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.



Faktor – faktor Pembentukkan Malaysia.

Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor – faktor tertentu. Antara faktor – faktor tersebut ialah ancaman komunis di Singapura, mencapai kemerdekaan (memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura), keseimbangan kaum,  dan menjaga kemajuan ekonomi bersama.






Ancaman komunis di Singapura

 Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950–an. Ejen – ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew


yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s Party – UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka. 


People's Action Party (PAP) atau Petir  (Parti Tindakan Rakyat)
ditubuhkan pada tahun 1954 di Victoria Hall, Singapura.


Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:

“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”

Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.




Mencapai kemerdekaan (Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura)

Bendera Sarawak
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadangan ini dikemukakan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Bendera Sabah

Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

Bendera Brunei

Tunku Abdul Rahman percaya dengan membawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum bumiputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

Bendera Singapura

 Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo  Utara ialah bumiputera.






Kemajuan ekonomi bersama.

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Pembentukan Malaysia ialah, ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan.  Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya.Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.



                                   keratan akhbar persetujuan penggabungan Malaysia-Singapura


Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin menakluki Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:

“Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory”

“Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they freely determine their political status and freely pursue their economic, social and cultural development””


Sumber: Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .







Menjaga kepentingan kaum bumiputera.


Pembentukan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.


                                                                        Pengasas SUPP




 KESIMPULAN 

Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat
perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan
Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan
kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, dapat membantu

perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak.
Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak, Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama, setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan  Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila–bila . Hasilnya, sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum dapat dicapai disamping kepelbagaian budaya hasil jajahan negara luar yang pelbagai.


Perarakan Hari Kemedekaan


Jalur gemilang







Sumber rujukan:

  1. Buku teks Pengajian Malaysia Edisi Politeknik
  2. Internet



No comments:

Post a Comment