Wednesday 28 September 2016

pengajaran

 Pengajaran 


Dari sudut pandangan kami,kami dapat mengetahui bagaimana Pembentukan Malaysia terbentuk dari pelbagai aspek seperti politik,perpaduan,kemajuan ekonomi,keseimbangan kaum dan sebagainya.untuk memperoleh kemerdekaan banyak cabaran dah rintangan yang telah dilalui oleh pemimpin dan pejuang-pejuang negara serta pengorbanan masyarakat.

Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapai  kemerdekaan melalui Malaysia.

Walaupun usaha-usaha untuk menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak halangan, satu perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan wilayah-wilayah ini adalah dibentuk secara demokratik, iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak.

melalui topik ini, kita dapat mengambil iktibar serta langkah berjaga-jaga untuk memelihara keamanan negara supaya negara tidak dijajah semula.

Maka kita hendaklah menjaga keamanan negara kita supaya negara kita tidak dijajah kembali. selain itu, kita hendaklah pandai memilih pemimpin yang akan mentadbir dan memimpin negara kita untuk mencapai status negara maju dan aman. Seterusnya , kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan memelihara serta melindungi negara kita dari ancaman musuh. Akhir sekali, kita hendaklah bersatu-padu tidak kira bangsa atau kaum supaya negara ini aman dan harmoni.


Tuesday 27 September 2016

Sumber rujukan



 Sumber rujukan:

Buku:
  1. Pengajian Malaysia, siri politeknik hasil tulisan Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah@Razali dan Mohamad Faizal Ahmat. Cetakan 987654321
  2. Arkib Negara Malaysia, 1981. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Akhbar:
  1. Berita Harian, 16 September 1963
  2. Berita Harian, 19 September 1963
  3. New York Times, 13 November 1961
  4. Straits Times, 10 September 1963
  5. The Sarawak Tribune,17 Ogos 1963

Internet:
  1. http://pembentukan-msia.blogspot.my/
  2. http://smkdary.tripod.com/kandungan.htm
  3. http://malaysia.images.search.yahoo.com/

Lawatan ke tempat kajian:
  1. Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim, Kedah.

Kesimpulan

 KESIMPULAN 

Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia
 telah dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, dapat membantu
perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak.
Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak, Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama, setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan  Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila–bila . Hasilnya, sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum dapat dicapai disamping kepelbagaian budaya hasil jajahan negara luar yang pelbagai.



Kejayaan pembentukan Malaysia 
merupakan suatu cabaran untuk semua pemimpin Tanah Melayu ketika itu. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui namun atas kesabaran serta kesungguhan mereka, Malaysia telah berjaya dibentuk apabila mendapat sokongan yang padu daripada pemimpin-pemimpin dan parti-parti di Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Singapura telah menarik diri pada tahun 1965, hasrat pembentukan Malaysia ini telah berjaya sehingga ke hari ini Malaysia telah maju dari segi politik, sosial dan ekonominya.


Perarakan Hari Kemedekaan


Jalur gemilang



Video tentang pembentukan Malaysia,
idea dan faktor gagasan malaysia


Menjaga kepentingan kaum bumiputera

Menjaga kepentingan kaum bumiputera.



Pembentukan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.


Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Sabah dan Sarawak perlu diajak untuk sama-sama menganggotai Malaysia. Ini kerana dengan kemasukan Singapura akan mewujudkan ketidakseimbangan dari segi komposisi kaum di negara ini nanti. (Rujuk Jadual l  dan 2).



Jadual 1
Komposisi Kaum di Malaysia dan Singapura


Melayu dan Bumiputera yang lain
Cina
India
Lain-lain
Jumlah
Malaysia(Bancian 1975)
3 125 474
(49.8%)
2 333 756
(37.%)
696 186
(11.1%)
123 342
(20.0%)
6 278 380

Singapura
(Bancian 1975)
197 060
(13.6%)
1 090 575
(71.5%)
124 084
(8.6%)
34 190
(2.7%)
1 445 929
Jumlah
3 322 534
(43.0%)
3 424 351
(44.3%)
820 270
(10.6%)
157 532
(2.1%)
7 724 687
(100%)

Jadual 2
Komposisi Kaum di Malaya, Singapura, dan Borneo


Melayu dan Bumiputera yang lain
Cina
Lain-lain
Jumlah
Malaya dan Singapura
3 322 534
3 424 351
977 802
7 724 681

Borneo
872 853
355 491
54 383
1 282 827
Jumlah
4 195 387
(46.6%)
3 779 842
(41.9%)
1 032 185
(11.5%)
9 007 514
(100%)

Sumber:  Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustafa, & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah pembangunan bangsa dan negara, 111.


Mempercepatkan proses kemerdekaan

Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin menakluki Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:

“Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory”

“Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they freely determine their political status and freely pursue their economic, social and cultural development””

Sumber: Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .


Tunku Abdul Rahman melaungkan laungan kemerdekaan buat kali yang pertama
sebanyak tujuh kali di stadium merdeka





Kemajuan ekonomi bersama


 Kemajuan ekonomi bersama 



Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Pembentukan Malaysia ialah, ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan.  Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya.Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.


keratan akhbar persetujuan penggabungan Malaysia-Singapura. pada pendapat kami penggabungan Malaysia dengan Singapura dapat memajukan ekonomi negara masing-masing dan memberi faedah kepada kedua dua belah pihak.


Bukti kemajuan ekonomi bersama membawa keuntungan buat semua pihak. Pada pendapat kami , kemajuan ekonomi bersama dapat meningkatkan dan memberikan keuntungan kepada semua pihak. Oleh sebab itu, seperti yang tercetak di keratan akhbar tersebut Malaysia dikatakan sudah bersedia untuk mencapai wawasan 2020.

Mencapai kemerdekaan (Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura)

Mencapai kemerdekaan (Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura)

Bendera Sarawak
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadangan ini dikemukakan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Bendera Sabah

Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

Bendera Brunei

Tunku Abdul Rahman percaya dengan membawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum bumiputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

Bendera Singapura

 Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo  Utara ialah bumiputera.






Ancaman komunis di singapura

Ancaman komunis di Singapura

 Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950–an. Ejen – ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew


yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s Party – UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka. 


People's Action Party (PAP) atau Petir  (Parti Tindakan Rakyat)
ditubuhkan pada tahun 1954 di Victoria Hall, Singapura.


Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:

“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”

Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.
Dugaan negara menghadapi ancaman komunis


Faktor-faktor pembentukan malaysia

Faktor – faktor Pembentukkan Malaysia.

Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor – faktor tertentu. Antara faktor – faktor tersebut ialah ancaman komunis di Singapura, mencapai kemerdekaan (memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura), keseimbangan kaum,  dan menjaga kemajuan ekonomi bersama.





Idea dan faktor gagasan malaysia

IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA

Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara.



Gambar Tuanku Abdul Rahman sedang berucap di Hotel Adelphi Singapura



Cetusan idea Tunku Abdul Rahman adalah untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Idea ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut dan kemudiannya menimbulkan pelbagai pelbagai reaksi positif dan negatif di Asia Tenggara. Akhbar-akhbar dari wilayah-wilayah terbabit pula tidak berhenti membahaskan isu tersebut.


Akhbar ini menerangkan tentang keberkesanan Tunku Abdul Razak dalam
menyatukan suku kaum di Malaysia. Pada pendapat kami, dengan menyatukan suku kaum , kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama rakyat Malaysia. 


Keratan akhbar The Straits Times ini menunujukkan sokongan yang diberikan kepada 
negara Malaysia diatas kejayaan penubuhan Malaysia oleh orang luar negara. Pada pendapat kami, disebabkan oleh tindakan atau kejayaan penubuhan Malaysia, orang luar negara memberikan sokongan untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara kita. 


Keratan Akhbar The Straits Times ini menujukkan semangat yang dimiliki oleh 
rakyat malaysia untuk mengundi dan membuat keputusan. Pada pendapat kami, rakyat sepatutnya diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tanpa rasa takut dan gundah-gulana.


Banyak pihak yang mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia ini adalah secara tergesa-gesa dan mengejut kerana mereka menganggap bahawa tiada persediaan awal dilakukan.
Walau bagaimanapun, pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan tokoh-tokoh dari wilayah yang terlibat sebelum pengumuman dibuat nyata menyangkal dakwaan pihak-pihak itu. Pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew di Singapura pada bulan Januari 1961 merupakan salah satu bukti bahawa idea pembentukan malaysia pernah diuarkan oleh beliau. Tidak dilupakan juga pertemuan beliau dengan senu abdul rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1960. Pertemuan dengan Harold MacMillan pada tahun 1961 juga menjadi bukti bahawa gagasan ini sudah pernah dikemukan lebih awal lagi daripada pengumuman tersebut diadakan.
British pernah mengemukakan idea penggabungan wilayah ini beberapa kali sebelum Tanah Melayu merdeka. Misalnya Lord Brassey, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pernah mencadangkan kepada British untuk menggabungkan wilayah mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat namun ditolak dek pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan. Idea penggabungan semua wilayah jajahan British pernah oleh pesuruhjaya besar british, Sir Malcom Mac Donalds, namun ditolak sekali lagi. Mohd Ghazali Shafie juga pernah mengeluarkan idea untuk penggabungan komanwel Asia Tenggara.
Idea penggabungan lebih kecil  yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah dikemukakan beberapa kali terutamanya oleh ketua menteri Singapura.


.Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Gagasan Persekutuan Malaysia